Enam tapak Bazar Ramadan dibuka di Bintulu, Samalaju

BINTULU: Sebanyak enam tapak Bazar Ramadan melibatkan sebanyak 261 lot gerai disediakan di sekitar Bintulu dan Samalaju tahun ini.

Ini bagi memberi lebih banyak peluang ekonomi kepada peniaga tempatan sepanjang Ramadan.

Antaranya, Bazar Ramadan 2026 di Taman Budaya ParkCity yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan para peniaga agar menjaga kebersihan, memastikan kualiti makanan terjamin serta mematuhi garis panduan dan peraturan ditetapkan pihak berkuasa.

“Layanan mesra, senyuman ikhlas dan harga berpatutan bukan sahaja memberi pengalaman positif kepada pelanggan, malah mampu menaikkan reputasi Bazar Ramadan di Bintulu,” tambahnya.

Selain itu, katanya penganjuran Bazar Ramadan bukan sekadar platform jualan bermusim, malah penting untuk memperkukuh ekonomi rakyat, khususnya dalam usahawan mikro dan peniaga kecil.