KUCHING: Kejohanan Futsal Piala Presiden Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) 2026 akan berlangsung pada 1 hingga 3 Mei depan.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan SABERKAS,
Datuk Gerald Rentap Jabu berkata perlawanan peringkat awal hingga suku akhir akan diadakan di sini manakala perlawanan akhir dijadual berlangsung di Kompleks Sukan Samarahan di Kota Samarahan.
“Kita akan membuka penyertaan kepada 82 cawangan SABERKAS dan kita menggalakkan satu cawangan SABERKAS menghantar satu pasukan,” tambahnya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media kejohanan tersebut di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.
Menurutnya, setiap pasukan terbabit juga mesti terdiri daripada ahli-ahli SABERKAS cawangan dengan tarikh penutupan penyertaan adalah pada 30 Mac ini.
Gerald berkata, johan bakal menerima RM7,000 berserta piala iringan, medal dan sijil penyertaan, manakala naib johan menerima RM5,000 dan tempat ketiga bersama memperoleh RM3,000.
