Iftar Ramadan Hotel Harbour View sajikan hidangan istimewa ala kampung

KUCHING: Bufet Ramadan Hotel Harbour View pada tahun ini tampil dengan slogan ‘Serantau Desa’ yang menyajikan hidangan istimewa berkonsepkan ala kampung.

Antara sajian kampung tradisional termasuk pelbagai jenis ulam-ulaman serta sambal belacan, rojak buah-buahan, umai ikan, bubur pedas, laksa Sarawak, mi jawa, pelbagai jenis masakan sayuran, udang, ayam, daging dan banyak lagi.

Sementara, pelbagai jenis kuih tempatan, kek, puding, cucur dan ais krim disajikan sebagai pencuci mulut.

Menurut kenyataan Hotel Harbour View, menu utama disediakan berbeza pada setiap hari untuk tempoh satu minggu.

Menariknya, pada tahun ini hotel turut mengadakan mini bazar Ramadan turut menjual pelbagai juadah berbuka mulai jam 3 petang. Antaranya lauk pauk dan menu BBQ antara pilihan ramai.

Bufet Ramadan ini menawarkan harga RM98 bagi dewasa, warga emas (RM78) dan kanak-kanak RM48 dibuka mulai jam 6 petang hingga 9 malam.

Hotel turut menyediakan surau bagi memudahkan mereka beragama Islam menunaikan solat.

Selain itu, hotel turut menyediakan majlis berbuka puasa secara tertutup atau berkumpulan di dalam dewan yang melebihi 30 orang.

Bagi mereka yang merancang menganjurkan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri, hotel berkenaan menyediakan pakej bufet serendah RM60 dan tempahan boleh dibuat sekarang.

Untuk tempahan boleh menghubungi 082-274666 sambungan Kafe Harapan atau WhatsApp ke 012-8822335.