LUNDU: Pertandingan Bola Tampar Terbuka Lundu 2025 menyaksikan pasukan Gading A muncul juara kategori lelaki hari ini.
Pertandingan itu anjuran Kelab Bola Tampar Gading dan Persatuan Alumni Sekolah Chung Hua Lundu di SJK(C) Chung Hua Lundu, di sini.
Naib juara disandang pasukan KBTS dikuti pasukan Gading B ( tempat ke tiga) dan pasukan UVC (tempat ke empat).
Manakala, pasukan GVT pula muncul juara untuk kategori wanita dan pasukan Crocodile sebagai naib juara diikuti pasukan SMK Lundu ( tempat ke tiga) dan pasukan YITIONG ( tempat ke empat) .
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN ) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menyempurnakan majlis penangguhan dan penyampaian hadiah kepada pemenang.
Selain itu, Azizul turut menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada bapa Dian Arbaniah Mohamad yang jadi mangsa rumah terbakar di RMR Lundu.
Beliau juga menziarahi keluarga Allahyarham Sayid Adris Drahman di Kampung Sileng Melayu Lundu dan Allahyarhamah Nia Adon di Kampung Stunggang Melayu Baru Lundu.
