KUCHING: Naib Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang baharu, Dato Ibrahim Baki berikrar terus perjuangkan pembangunan ekonomi rakyat di Sarawak.
“Jadi, saya ingin menggunakan peluang ini dengan pengalaman sedikit ini untuk memperjuangkan ekonomi rakyat dan melengkapi perjuangan Parti PBB,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Kemenanganya bagi jawatan salah seorang Naib Yang di-Pertua sempena Perhimpunan Agung Ke-16 Ke-16?di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.
Ibrahim Baki berkata, beliau juga beriltizam mahu memanfaatkan pengalaman selama empat dekad untuk mengukuhkan parti itu.
“Saya akan meneruskan perjuangan dalam mendukung parti, memberi sokongan untuk memastikan kestabilan Parti PBB khususnya memastikan Parti PBB kekal relevan sepanjang zaman,” ujarnya.
Katanya, ini selari dengan ucapan Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memastikan Parti PBB sentiasa kekal relevan sepanjang zaman.
Di samping itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua perwakilan yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menjawat jawatan tersebut.
“Saya dengan rendah hati menerima jawatan Naib Yang di-Pertua Parti PBB,” tambahnya.
