BELADIN: Penantian golongan nelayan di sini untuk memiliki kediaman sendiri bakal menjadi kenyataan.
Ia selepas Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi Dan Pembangunan), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel memaklumkan bahawa mereka boleh berpindah ke Penempatan Semula Nelayan (PSN) Beladin sebelum sambutan Hari Raya 2025.
Justeru, beliau berharap isu itu dapat diatasi bagi mengelak rumah yang terbiar lama rosak dan kos baik pulih meningkat.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja ke Tapak Pusat Pertumbuhan Luar Bandar (RGC) Beladin dan Penempatan Semula Nelayan (PSN) Beladin, semalam.
Mengenai isu kekurangan pegawai polis di kawasan Beladin, beliau memberi jaminan akan berusaha untuk membincangkan perkara tersebut dengan pihak atasan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor yang turut serta dalam tinjauan tersebut berkata terdapat empat projek yang dilawati.
Beliau turut melahirkan kegusaran mengenai projek kompleks pendaratan ikan Beladin yang hampir 10 tahun pembinaannya namun sehingga kini belum beroperasi lagi sehingga banyak kerosakan.
Selain itu katanya, projek pusat penjaja RGC juga merupakan projek sakit di kawasan itu kerana hampir tiga tahun pembinaan namun belum beroperasi sehingga kini.
