IPU Serian menurun 245, darurat ditarik balik – JPBNS

KUCHING: Stesen pemantauan kualiti udara Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada 245, setakat jam 2 petang hari ini, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Penurunan itu menyaksikan darurat di Bahagian Serian ditarik balik berkuat kuasa hari ini, dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menurut kenyataan itu, IPU Bahagian Serian masih
dalam kategori Sangat Tidak Sihat. Bagaimanapun, bacaan IPU menunjukkan trend penurunan sejak tiga hari lalu.

“Situasi jerebu masih dipengaruhi oleh arah angin dan aktiviti titik panas, dengan beberapa kawasan, khususnya Serian dan Samarahan, masih merekodkan bacaan IPU dalam kategori Sangat Tidak Sihat,” kata kenyataan itu lagi.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak akan terus memantau situasi dengan teliti serta menasihatkan orang awam supaya mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya, termasuk mengehadkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat pihak berkuasa berkaitan.