Jambatan ikonik Sungai Bintangor buka peluang ekonomi

KUCHING: Jambatan ikonik Sungai Bintangor akan dijadikan kawasan tarikan pelancongan yang bakal memberi pulangan hebat dari segi ekonomi kepada warga Satok khususnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berkata, prasarana baharu yang amat menarik itu bukan sahaja merancakkan ekonomi penduduk kawasan berkenaan malah mewujudkan suasana yang sangat cantik.

“Sebelum ini, memang ada sedikit aktiviti ekonomi di sana, tapi dengan adanya jambatan ini yang cantik dan diterangi lampu warna-warni pada waktu malam, ia merangsangkan lagi ekonomi. Kita memang ada perancangan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian
selepas mengagihkan buah limau mandarin dan poster ucapan Tahun Baharu Cina kepada orang ramai di sekitar Thompson Corner
Jalan Nanas, di sini hari ini.

Ibrahim berkata, bagaimanapun pihaknya belum dapat mendedahkan lagi perancangan yang sudah ada bagi mempertingkatkan ekonomi tempatan di sana.

Mengenai jambatan berkata, jambatan terbabit bakal siap sepenuhnya sekitar Mei atau April.

Katanya, laluan alternatif dibuka sebagai laluan sementara, hanya satu laluan.