Jelajah Ramadan Pusat Khidmat Kuala Rajang santuni masyarakat Sarikei

SARIKEI: Program Jelajah Ramadan diteruskan malam ini di Masjid Al-Muttaqin memasuki hari keempat siri jelajah anjuran Pusat Khidmat N.41 Kuala Rajang.

Program yang dihadiri Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh merangkap ADUN Kuala Rajang menyantuni rakyat dengan turun padang, duduk bersama dan mendengar suara hati penduduk.

Inisiatif berkenaan bertujuan memahami keperluan komuniti selain mengeratkan hubungan silaturahim sepanjang Ramadan.

Tradisi tahunan yang dilaksanakan sejak 2012 diteruskan dengan penyampaian sumbangan.

Sumbangan wang tunai dan buah kurma diserahkan kepada Pengerusi Masjid Al-Muttaqin daripada Pusat Khidmat N.41 Kuala Rajang, manakala buah kurma turut diagihkan kepada ketua kaum bagi pihak penduduk.

Penganjuran program itu diharap dapat terus memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan serta memperkukuh semangat perpaduan dan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat sejajar dengan penghayatan Ramadan.