Kaunter perkhidmatan pelanggan Sarawak Water akan berpindah 1 Julai depan

KUCHING: Kaunter perkhidmatan pelanggan di Ibu Pejabat Sarawak Water akan dipindahkan sepenuhnya ke Pusat Service Sarawak Kuching bermula 1 Julai ini.

Menurut kenyataan Sarawak Water, melalui perpindahan ini, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan berkaitan Sarawak Water di Pusat Service Sarawak Kuching.

Ini termasuk urusan pertanyaan, aduan, semakan akaun, pembayaran bil dan perkhidmatan berkaitan bekalan air yang lain.

“Waktu operasi perkhidmatan adalah mengikut waktu operasi rasmi Pusat Service Sarawak Kuching,” menurut Sarawak Water.

Pihaknya amat menghargai kerjasama semua pelanggan sepanjang proses peralihan ini yang sebahagian usaha penambahbaikan perkhidmatan kepada pelanggan melalui pusat perkhidmatan lebih bersepadu, mudah diakses dan mesra pengguna.