LUNDU: Dewan Undangan Negeri (DUN) N3 Tanjong Datu terus berusaha untuk menjadi antara kawasan kubu kuat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB ).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Tanjong Datu , Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata langkah itu penting sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
“Parti PBB telah menerajui N3 Tanjong Datu sejak 2006 dengan majoriti yang tinggi,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika Mesyuarat Pergerakan Wanita Parti PBB N3 Tanjong Datu di Pejabat Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu, di sini, semalam.
Seramai 16 Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pergerakan Wanita parti menghadiri mesyuarat itu termasuk Ketua Pergerakan itu, Fatimah Abdullah, Timbalan Ketua Cawangan PBB N3 Tanjung Datu, Abdul Razak Abdul Wahab, Naib Ketua Cawangan, Sintu Layang dan Ketua Pergerakan Pemuda, Kaunselor Mohd Rhadzie Kassim.
