KUCHING: Ketua Kaum dan Masyarakat (KMKK) Islam Daerah Lundu mengadakan lawatan ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.
Rombongan tersebut diketuai Pemanca Jumahdi Sabian turut bertemu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan, selain mengikuti sesi pembentangan persidangan DUN.
Dalam lawatan itu, Jumahdi turut menyampaikan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta ADUN Tanjong Datu atas pengumuman kenaikan imbuhan KMKK sebanyak RM400 yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.
“Kenaikan ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan KMKK yang menjadi tulang belakang pentadbiran di peringkat akar umbi,” katanya.
Turut hadir ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Premier Sarawak, Dato Bujang Helmi Hazemi, serta Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup.
