Majlis tahlil Arwah Puan Sri Juma’ani

KUCHING: Doa dan bacaan tahlil mengiringi Majlis Tahlil Arwah Almarhumah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di Surau Kompleks Satria Pertiwi, di sini hari ini.

Majlis anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Sarawak itu turut dihadiri anak Allahyarhamah, Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Turut hadir, Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak Dato Baduyah Bujang serta ahli-ahli MAKSAK Wanita Sarawak, penjawat awam, ahli keluarga terdekat dan jemputan lain.

Program dimulakan dengan sesi tazkirah yang disampaikan Ustazah Ngatijem Misau bertajuk “Hijrah Kecil Setiap Hari, Perubahan Besar di Sisi Allah” sebelum diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil.

Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani, yang juga isteri kepada Premier Sarawak menghembuskan nafas terakhir 23 Jun 2025 di Pusat Perubatan Normah, Kuching dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang. – UKAS