KUCHING: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Patingan menganjurkan Majlis Makan Malam sempena Merdeka 2026 di Hotel Samudra di sini, malam tadi.
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Penyelia KRT Zon Satok dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sarawak, Dyg Rodziah Awg. Ibrahim.
Hadir sama, Pengerusi KRT Patingan, Mohamad Yusof.
Dalam ucapan ringkasnya, Mohamad berkata majlis tersebut untuk mengeratkan perpaduan dan ikatan ukhwah sesama ahli yang terjalin sekian lama.
“Kehadiran ahli-ahli mencerminkan kesepaduan selain menyemarakkan semangat cintakan merdeka,” katanya.
Majlis dimeriahkan dengan cabutan bertuah, pertandingan karaoke patriotik serta pakaian beragam cantik.
Hadir sama, Penghulu Kampung Patingan, Mustapha Wahab, Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung No.6, Shah Iszhan Isnin, Pengerusi Masjid Darulhana Patingan, Profesor Dr Asri Said, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita Ranting, Rokiah Bujang dan Nashruddin Abdul Rahman serta Ketua Belia ranting, Muhammad Zhariff Azhari
serta ahli-ahli KRT.
s
