DARO: Penantian hampir 15 tahun penduduk Pulau Bruit untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai melalui Program Penempatan Semula Nelayan (PSN) Semop.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Abdullah Saidol berkata, program ini sangat bermakna bagi nelayan yang sebelum ini menumpang di rumah keluarga.
“Alhamdulillah, kawasan PSN ini masih dekat dengan lokasi mereka mencari rezeki,” katanya pada majlis penyerahan kunci kepada 233 penerima di sini, semalam.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel.
Beliau menjelaskan, bahawa penerima hanya perlu membuat pinjaman RM35,000 daripada kos keseluruhan RM75,000, manakala selebihnya ditanggung kerajaan.
Menurutnya, penempatan baharu ini turut merangsang pelaksanaan projek lain seperti Pasar Tani, Medan Selera, Dewan Masyarakat dan pembinaan jalan penghubung ke sekolah bagi keselamatan murid.
Abdullah menambah, pembangunan PSN Semop menjadi permulaan kepada pembinaan sebuah pekan kecil di Pulau Bruit yang sangat memerlukan pusat ekonomi.
Penduduk, kebanyakannya nelayan sepenuh masa, turut terkenal dengan hasil seperti ikan lumik salai dan udang kering.
Kawasan itu juga berpotensi besar dalam pertanian, dengan 500 hingga 600 hektar dikenal pasti sesuai untuk tanaman padi.
