KUCHING: Seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Syed Hamzah Wan Hamid Edruce berkata, penyertaannya dalam barisan MT parti akan menjadikan parti itu lebih kuat dan diterima golongan muda.
Beliau berkata, banyak suara akar umbi lebih-lebih lagi orang muda yang merupakan majoriti pengundi akan datang perlu dibawa ke dalam parti.
“Justeru, saya mahu membuktikan Parti PBB adalah satu parti yang inklusif dan mendengar suara dari setiap lapisan umur tanpa mengira latar belakang,” katanya yang akan mermpertahan kerusi MT dalam Perhimpunan Agung Ke-16 Parti PBB pada 14 hingga 16 Februari ini.
“Saya ingin mempertahankan jawatan MT pada sesi kali ini kerana setelah berkhidmat selama satu penggal, banyak suara akar umbi lebih-lebih lagi orang muda perlu dibawa ke dalam parti,” katanya.
Ahli-ahli parti akan melihat bagaimana penerimaan orang muda di dalam parti.
Katanya, inilah yang hendak dibuktikan kepada anak muda di seluruh Sarawak bahawa Parti PBB adalah parti yang menerima semua lapisan umur.
Selain itu katanya, sentiasa mementingkan kewujudan orang muda dalam barisan kepimpinan parti.
