LAWAS: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) Cawangan Ba’kelalan membuat laporan polis berhubung hantaran seorang individu atas nama Kam Agong Lawas Sarawak di laman Facebook.
Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) Cawangan Ba’kelalan Donnie Erwan Baru membuat laporan polis terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas, di sini, malam tadi.
Turut sama ialah Matius Selutan, Stanley Dulamit Bangau, Esem Musa, Devine Seliang, Ahmad Japeri, Marcus Labo dan Charles Labo.
Donnie berkata, Kam Agong Lawas Sarawak memfitnah kepimpinan di Lawas khususnya Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’kelalan Baru Bian.
Katanya, tuduhan dilemparkan amat serius iaitu berhubung isu dadah, isu pengeluaran Mykad dan isu rasuah yang seolah perkara ini tidak diberi perhatian oleh kepimpinan di Lawas.
“Jadi kami hadir untuk memohon agar pihak polis dapat mengambil tindakan tegas terhadap individu ini,” katanya.
