Pelbagai acara menarik Pesta Kaul 19-27 April 2025

MUKAH: Pelbagai aktiviti dirancang untuk memeriahkan Program Tahunan Ikonik, Kaul Mukah 2025 yang akan bermula pada 19 hingga 27 April ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi, berkata Kaul Seraheng Kakan akan diadakan pada 26 April (pagi) dan disusuli perasmian Kaul Mukah 2025 pada hari yang sama.

“Sementara Majlis Keman Kaul akan diadakan pada 27 April depan,” katanya pada sidang media.

Hadir sama ADUN Tellian, Royston Valentine dan Timbalan Residen Bahagian Mukah, Shafrie Saili.

Terdahulu, Abdul Yakub yang juga Presiden Persatuan Melanau Mukah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kaul Mukah Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak, semalam (Khamis).