KUCHING: Orang ramai disaran menyokong Program Atlet Muda bagi kanak-kanak kelainan upaya (OKU) intelek dianjurkan Sukan Olimpik Khas Bahagian Kuching.
Menteri Kebajikan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kanak-kanak terbabit berumur dua hingga tujuh tahun.
Katanya, sokongan itu sama ada melalui penajaan kesukarelawanan atau hanya dengan menyebarkan berita.
“Setiap daripada kita mempunyai peranan dalam memastikan atlet ini mempunyai sumber dan dorongan yang mereka perlukan untuk berkembang maju,” katanya ketika program terbabit di MBKS, di sini, hari ini.
Fatimah berkata, program itu memupuk kerja berpasukan dan mengajar kemahiran sukan asas kepada kanak-kanak terbabit seperti berlari, menendang dan membaling.
“Ini adalah program baharu yang dimulakan oleh Special Olympic Malaysia,” tambahnya.
