Sarawak teruskan usaha pulihara warisan geologi

KUCHING: Sarawak meneruskan usaha penghijauan dengan mensasarkan penanaman sebanyak 50 juta pokok bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini susulan Sarawak berjaya melangkaui sasaran penanaman sebanyak 35 juta pokok bagi tempoh 2021 hingga 2025.

“Momentum ini perlu diteruskan melalui sasaran baharu penanaman 50 juta pokok di bawah Program Penghijauan Malaysia 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Dan Penghargaan Pesara Jabatan Hutan Sarawak 2026, di sini, malam tadi.

Awang Tengah turut berbangga melihat pelbagai pencapaian Jabatan Hutan Sarawak sepanjang tahun 2025 dan 2026 yang meningkatkan nama Sarawak di peringkat nasional dan antarabangsa menerusi pengiktirafan Sarawak Delta sebagai UNESCO Global Geopark, 24 April lalu.

“Ini merupakan satupencapaian penting bagi Sarawak, sekali gus menjadikannya UNESCO Global Geopark yang pertama di Sarawak dan keempat di Malaysia,” tambahnya.

Katanya, status ini membuka ruang yang lebih luas kepada pemuliharaan warisan geologi, pendidikan, penyelidikan, geowisata serta peluang ekonomi kepada komuniti.