Selesaikan minyak, gas secara adil

KUALA LUMPUR: Rakyat Sarawak mahu penyelesaian yang adil terhadap hak minyak dan gas milik Sarawak.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berkata demikian dan merayu kerajaan supaya berlaku adil kepada Sarawak.

“Kami rakyat Sarawak mahu penyelesaian yang adil dan situasi menang–menang demi kemakmuran bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika usul menjunjung kasih Titah Diraja di Parlimen di sini.

Willie berkata, ini kerana kalau tidak, beliau bimbang dan khuathir semangat kebencian dan rasa tidak puas hati itu akan membara dan kemungkinan besar bakal mengundang bala kepada perpaduan negara.

Katanya, walaupun hak minyak dan gas itu milik Sarawak, Premier Sarawak dan rakyatnya tetap berjiwa besar mahukan sumber ini dikongsi dengan negara.

“Apa yang kami minta adalah sedikit hak kami,” tambahnya.