Semangat permuafakatan lancarkan jentera Parti PBB DUN Tanjong Datu

LUNDU: Mesyuarat Agung Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu akan berlangsung sehingga 31 Oktober ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan sehubungan itu, berharap semua mesyuarat itu akan berjalan lancar dengan semangat kemuafakatan yang akan membawa kekuatan kepada Parti PBB di DUN Tanjong Datu.

“Jika semua bekerjasama dan menunjukkan komitmen serta bersatu dalam setiap tindakan ia akan memudahkan semua perancangan yang telah dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat Badan Induk ,Wanita dan Pemuda serta Ketua-Ketua Ranting untuk Induk ,Wanita dan Pemuda Parti PBB Tanjong Datu yang dihadiri seramai 130 orang AJK PBB di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu, di sini, hari ini.

Azizul Annuar berkata, ini termasuk perancangan kerajaan dalam mengadakan semula persempadanan kawasan DUN Sarawak.

Selain itu, katanya Parti PBB di DUN Tanjong Datu mengadakan Mesyuarat Agung Ranting dan Mesyuarat Perwakilan Cawangan untuk badan Induk ,Wanita dan Pemuda itu untuk ke Perhimpunan Agung Parti PBB yang bakal diadakan awal tahun 2025 .