Ahmad Johnie agih juadah berbuka puasa sekitar Daro

DARO: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyantuni orang ramai di sekitar Pekan Daro menerusi Majlis Penyerahan Juadah Berbuka Puasa, semalam.

Majlis yang berlangsung dalam suasana harmoni itu dianjurkan oleh Sri Kandi, Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Daro serta Penjaja Kecil Daro.

Pada majlis tersebut, Ahmad Johnie bersama pihak penganjur turun padang mengagihkan juadah berbuka puasa kepada orang ramai di sekitar tersebut, termasuk pengunjung yang berjalan kaki serta pengguna kenderaan yang melalui kawasan berkenaan.

Inisiatif ini mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan masyarakat dalam berkongsi rezeki sepanjang bulan Ramadan, di samping menyemarakkan amalan bersedekah serta mengeratkan hubungan antara pemimpin dan komuniti.