SUKMA XXI: Sultan Pahang zahirkan ucapan tahniah kepada Sarawak

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi merafak sembah dan menjunjung kasih ke sisi ke bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas perkenan baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada Sarawak selaku penganjur majlis pembukaan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.

Patik berdua menjunjung Duli Yang Maha Mulia Tuanku ucapan tahniah yang dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Ampuan Pahang.

Ucapan tahniah yang dizahirkan Duli Yang Maha Mulia Tuanku kepada Sarawak amat bersejarah sekali dan melambangkan kecaknaan yang tidak ternilai serta keprihatinan seorang raja yang berjiwa rakyat yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Pahang.

“Dengan penuh hormat dan takzimnya, adalah patik dan seluruh rakyat Sarawak ingin menyembah ucapan menjunjung kasih di atas perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Ampuan Pahang.

“Sesungguhnya ucapan tahniah Duli Tuanku amat bermakna kepada patik-patik sekalian,” katanya dalam satu kenyataan.