Sarawak tambah pingat emas dari muay thai

BINTULU: Kontinjen Sarawak menambah dua lagi pingat emas dalam acara Muay Thai pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Naim Street Mall Paragon, di sini, hari ini.

Dua pingat emas terbabit disumbang
Mifdhal Wafiy Ayatullah, 17, menerusi kategori wai kru lelaki dan kategori mai muay yang bergandingan dengan Mohammad Azrell Saifullah Abdullah.

Sarawak juga turut menambah dua lagi pingat perak melalui Muay Thai yang disumbang Nur Iklil Zarifah Mohamad Affandi menerusi kategori wai kru wanita serta pasangan Ain Arisya Zulkeplie dan Nur Arifah Mahsunah Baharom kategori mai muay wanita.

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim berharap kejayaan atlet terbabit hari ini akan mencetus semangat atlet lain yang akan turut beraksi dipentas final kategori tempur esok (Selasa).