KUCHING: Oleh kerana jangka masa dan impak El Nino tidak dapat ditentukan, Sarawak mengambil langkah awal untuk menangani kesannya, terutama cuaca panas berpanjangan dan paras air di empangan yang menyusut.
Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, oleh itu, Sarawak mempertimbangkan untuk melaksanakan operasi pembenihan awan antara 3 hingga 5 September ini
Beliau mempengerusikan mesyuarat penyelarasan khas bersama agensi berkaitan dan semua Pejabat Residen melalui zoom hari ini, berkata
persediaan dan langkah mitigasi bagi menangani kesan El Nino dan cuaca panas berpanjangan termasuk penyusutan paras air di empangan.
Mesyuarat itu turut dihadiri wakil dari Jabatan Metorologi Malaysia (MetM), Sarawak Energy Bhd (SEB), Jabatan Kebajikan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, agensi berkaitan dan Pejabat Residen, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Uggah berkata, MetM melaporkan fenomena El Nino dijangka lebih teruk di Sarawak antara Oktober dan Disember 2026 dan mungkin berpanjangan sehingga April 2027.
“JPBN turut memohon penambahan pembenihan awan dengan sokongan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada Julai, namun keadaan cuaca tidak membolehkan operasi pembenihan awan itu,” katanya.
Hujan di bahagian timur laut Sarawak diramalkan di bawah purata dari Oktober ke Disember 2026.
Monsun Timurlaut yang bermula pada 14 Mei lalu dijangka berterusan sehingga September 2026.
Menurut SEB pula, hasil pembenihan awan dilaksanakan pada 11 dan 12 Mei, 19 dan 20 Jun, dan 21 Jun 2026, memberi kesan positif kepada paras air di empangan.
