BINTULU: Pasukan sepak takraw wanita Sarawak berjaya mara ke perlawanan akhir acara quadrant pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
Ini selepas menewaskan Perak dengan keputusan 2-0 di gelanggang C, Stadium Muhibah Bintulu di sini petang tadi.
Pasukan Sarawak terdiri daripada Anisclen Sophillia Siam Saliman dan Jeremiah Josiah Rolland di posisi Killer, Victoria Dibah Engkau di posisi Feeder dan Willcemina Lengi Au Anjan sebagai Tekong.
Mereka hanya memerlukan masa 35 minit untuk menundukkan pasukan Perak (Nur Ainin Sofiya Hairol Riduwan (feeder), Nur Aisyah Abdul Rani (feeder), Nur Aisyah Izzati Mohamad Baktizal (killer) dan Nurul Ariqah Mohd Fairus (tekong).
Sarawak akan turun menentang Sabah dalam perlawanan akhir acara quadrant wanita di gelanggang D, Stadium Muhibah Bintulu, esok (1 petang).
