Tabung Seri Kenyalang UiTM terima sumbangan, bantu pelajar kurang mampu

KUCHING: Presiden Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak (MITSA), Datuk Abdul Wahab Aziz menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Tabung Seri Kenyalang, di Kampus Samarahan.

Penyerahan simbolik replika cek sumbangan itu disampaikan beliau sendiri kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa Profesor Madya Ts. ChM. Dr. Mohammad Isa Mohamadin yang turut menjalankan fungsi Rektor UiTM Cawangan Sarawak.

Tabung Seri Kenyalang (TSK) merupakan tabung khas yang bertujuan membantu pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan sepanjang tempoh pengajian di UiTMCS.

Untuk rekod, Tabung Seri Kenyalang telah berjaya memberi bantuan seramai 439 orang pelajar sepanjang 2017 hingga 2023.

Pada masa sama, Wahab Aziz turut meluangkan masa menunaikan solat jumaat di Masjid Al-Qurawiyyin di UiTM Kampus Samarahan.

Turut hadir ialah Timbalan Rektor (Penyelidikan & Jaringan Industri), Profesor Madya Ir. Dr. Juferi Idris, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), Profesor Madya Dr. Saimi Bujang, , Wan Idris Wan Ibrahim, Timbalan Presiden 1, Persatuan Alumni UiTM Sarawak (MITSA), Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) UiTMCS dan Ahli-Ahi MITSA.

GAMBAR: UITMCS