Tadika Bestari terima wakaf bangunan

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee menyaksikan simbolik penyerahan wakaf hartanah dan bangunan kepada Tadika Bestari, di sini, hari ini.

Wakaf diserahkan tokoh perniagaan, Pengiran Datuk Daud Pengiran Putera kepada guru besar Tadika Bestari, Sadah Hussin.

Bangunan yang diwakaf itu dilengkapi ruang pembelajaran interaktif dan kemudahan sokongan lain yang direka khas bagi keperluan kanak-kanak.

Sementara itu, guru besar Tadika Bestari, Sadah Hussin menyifatkan wakaf tersebut akan membawa perubahan dalam operasi mereka.

Beliau berhasrat dengan kemudahan baharu ini akan memperkenalkan pendekatan pendidikan lebih inovatif dan menyeronokkan sesuai dengan keperluan pembelajaran masa kini.