Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu terima tugas

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini, pagi tadi.

Di majlis itu, CP Datuk Ibrahim Darus menyerahkan tugas sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak kepada Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak, SAC Rizal Abd Rahman Sidek.

Turut diadakan Upacara “Sending Off” sebagai tanda penghormatan tertinggi dalam menghargai jasa serta perkhidmatan CP Datuk Ibrahim Darus yang akan bertukar ke Jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman di Dewan Terbuka PJP Sarawak.

Hadir menyaksikan majlis itu ialah Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak, Datin Jennita William, mantan Naib Pengerusi PERKEP Sarawak, Datin Zanilatun Kamariah Zakaria, isteri Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak, Norhasmah Hasan, ketua-ketua Jabatan,Ketua Formasi, Ketua Polis Daerah Sarawak, Ahli PERKEP Sarawak, Pegawai-pegawai Kanan dan Warga IPK Sarawak.