Month: December 2025

Peruntukan UNIFOR ditambah tahun depan

SPAOH: Kerajaan Sarawak mengumumkan peningkatan peruntukan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada RM120 juta bagi tahun depan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia sebagai komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkasa keharmonian beragama serta pembangunan rumah ibadat dan sekolah mubaligh. “Ia merangkumi peruntukan RM30 juta pada tahun ini khusus bagi pembangunan […]

Kampung Rajang nikmati projek pembangunan

SARIKEI: Pelbagai projek pembangunan pendidikan dan infrastruktur dilaksanakan di Kampung Rajang, dalam kawasan Parlimen Tanjong Manis di sini. Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir Yusuf Abd Wahab berkata antaranya termasuk kerja-kerja naik taraf fasiliti tempat letak kenderaan SK Abang Galau Rajang bernilai RM100,000 di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) 2023. Selain itu, kerja-kerja baik pulih […]

Sarawak contoh terbaik masyarakat harmoni, majmuk

SARATOK: Warga Saratok diingatkan agar tidak membiarkan anasir luar memecah-belahkan perpaduan yang dibina sekian lama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata ini meskipun mereka berbeza bangsa namun semangat toleransi, perpaduan dan saling menghormati diutamakan. “Keindahan perpaduan itu jelas terserlah semasa musim perayaan seperti Hari Raya, Krismas, Gawai Dayak dan Tahun Baharu Cina […]

Kekalkan GPS di Parlimen Lawas

LAWAS: Masyarakat di kawasan Parlimen ini digesa terus memastikan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal memerintah Sarawak di masa depan. Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, ini kerana Kerajaan GPS pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melaksanakan pelbagai bantuan demi kesejahteraan rakyat. “Nikmat telah dapat dirasai mereka sebagai […]

Majlis Khatan Perdana SABERKAS Muara Tuang

KOTA SAMARAHAN: Seramai 50 kanak-kanak menyertai Majlis Khatan Perdana 2025 anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan DUN Muara Tuang dengan kerjasama Pegawai Perubatan Hospital Jantung Kota Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini, hari ini. Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Dato Idris […]

Festival Jabat Sejagat 2025 kukuh perpaduan persilatan Nusantara

KUCHING: Kira-kira 650 pesilat dan pegawai dari seluruh Sarawak termasuk dari Kalimantan, Indonesia memeriahkan Festival Jabat Sejagat 2025 yang diadakan di Sarawak Sports Village (SSV). Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel merasmikan festival berkenaan, hari ini. Beliau menyifatkannya sebagai platform penting dalam menyatukan perguruan persilatan serta memperkukuh nilai persaudaraan dan jati […]

Tradisi rumah terbuka pupuk keharmonian, nilai kebersamaan

MUKAH: Tradisi kunjungan rumah terbuka Krismas merupakan antara amalan unik di Malaysia, khususnya di Sarawak yang melambangkan keharmonian masyarakat majmuk. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine berkata, amalan ini bukan sekadar acara sosial, malah menjadi asas penting dalam memupuk keharmonian dan memperkukuh kepercayaan serta kebersamaan antara rakyat serta kerajaan. “Kunjungan rumah terbuka ini […]

Tahun 2026 lebih mencabar, ahli parti perlu siap siaga

LUNDU: Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N3 Tanjong Datu diminta bersedia menghadapi tahun 2026 yang lebih mencabar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, ini kerana mereka sekarang di tahun terakhir sebelum diadakan Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) Ke-13. “Untuk itu, tahun hadapan adalah tahun yang […]

Pendekatan bersepadu, kerjasama strategik basmi kemiskinan bandar

KUCHING: Kerajaan Sarawak mempergiat usaha membasmi kemiskinan bandar melalui pendekatan bersepadu yang menekankan kerjasama strategik antara pelbagai agensi. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pelaksanaan langkah tersebut melibatkan koordinasi pelbagai agensi berkaitan bagi menangani isu kebajikan secara menyeluruh dan berfokus. “Kerjasama merentas agensi itu penting bagi memastikan maklumat […]