Kekalkan GPS di Parlimen Lawas

LAWAS: Masyarakat di kawasan Parlimen ini digesa terus memastikan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal memerintah Sarawak di masa depan.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, ini kerana Kerajaan GPS pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melaksanakan pelbagai bantuan demi kesejahteraan rakyat.

“Nikmat telah dapat dirasai mereka sebagai anak Sarawak.

“Segala yang kita nikmati seperti pendidikan percuma, bantuan melalui Sumbangan Keperluan Asas Sarawak  (SKAS) dan segala bantuan lain untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamannya yang mengadakan rumah terbuka Krismas yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Katibas Lidam Assan di Kampung Long Tuan, Trusan, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Henry meminta mereka tidak mudah terpedaya dengan anasir luar.

“Kita mahu bersatu bersama rakyat Sarawak untuk memastikan Kerajaan GPS kekal memerintah Sarawak,” katanya.