KUCHING: Sarawak akan mengekalkan kawasan liputan hutan seluas 7.64 juta hektar bersama 62 peratus daripada keseluruhan keluasan negeri ini.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sebanyak 71 Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) meliputi keluasan 0.87 juta hektar turut diwartakan bagi melindungi biodiversiti dan habitat hidupan liar.
Usaha pemeliharaan itu penting bagi memastikan sumber semula jadi Sarawak terus terpelihara, katanya merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2026 Peringkat Sarawak di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian semasa mewakili Premier Sarawak pada majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Sarawak 2026 di sini, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Sumber dan Pembangunjan Bandar ll berkata, langkah itu bagi menyokong pembangunan ekonomi mampan.
Awang Tengah juga berkata, Kerajaan Sarawak sedang mempertingkatkan pengurusan pelepasan gas rumah kaca menerusi sistem pelaporan dan pemantauan lebih sistematik.
Ini bagi memastikan aktiviti ekonomi serta perindustrian mematuhi perundangan alam sekitar dan pembangunan industri dilaksanakan secara bertanggungjawab, katanya
Beliau menambah, langkah itu selaras dengan usaha mengurangkan pelepasan karbon.
Menurutnya, Belanjawan Sarawak 2027 turut memberikan penekanan terhadap pembangunan ekonomi hijau, pemuliharaan biodiversiti serta peningkatan keupayaan pengurusan karbon yang berintegriti.
“Kerajaan Sarawak turut memperkukuh pengurusan pelepasan gas rumah kaca melalui penggunaan sistem pelaporan dan pemantauan yang lebih sistematik,” katanya.
