KUCHING: Operasi perintis Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) bagi laluan Rembus ke Northbank disasarkan bermula hujung tahun ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaksanaan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) yang menggunakan teknologi ART itu menjadikan Samarahan sebahagian daripada rangkaian utama sistem pengangkutan awam moden yang sedang dibangunkan Kerajaan […]
Wisma Melayu Sarawak pusat ilmu, budaya
KUCHING: Manuskrip lama, sejarah lisan dan khazanah budaya Melayu Sarawak perlu dipelihara menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan warisan berharga itu tidak hilang ditelan arus pemodenan. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Wisma Melayu Sarawak berpotensi memainkan peranan penting sebagai pusat dokumentasi, penyelidikan dan pengembangan budaya Melayu, termasuk memanfaatkan […]
Kerajaan Sarawak beri jaminan FTES diteruskan
KUCHING: Kerajaan Sarawak memberi jaminan Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) akan diteruskan, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee. Beliau berkata, pelaksanaannya tidak terhenti, justeru Kerajaan Sarawak komited mencari sumber kewangan agar dapat dilaksanakan secara berterusan. Jelasnya, persoalan mengenai kelangsungan skim itu tidak seharusnya menjadi kebimbangan pelajar kerana kerajaan […]
Gabungan pengalaman generasi lama, baharu perkasa kesinambungan warisan budaya Melayu
KUCHING: Generasi muda perlu diberikan ruang untuk memainkan peranan dalam memelihara dan meneruskan warisan budaya Melayu Sarawak agar kekal relevan seiring perubahan zaman. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penglibatan golongan muda dalam aktiviti kebudayaan, pendidikan dan sejarah penting bagi memastikan warisan masyarakat Melayu terus berkembang. Menurutnya, pengalaman generasi terdahulu perlu […]
Uggah tetapkan KPI sifar gangguan utiliti projek jalan RM207.88 juta
KUCHING: Pembinaan Jalan Batu Kawa ke Jalan Stephen Yong bernilai RM207.88 juta tidak boleh mengakibatkan gangguan bekalan air, elektrik mahupun perkhidmatan telekomunikasi yang boleh menjejaskan kehidupan harian penduduk. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan kontraktor projek wajib mematuhi petunjuk prestasi utama (KPI) sifar gangguan utiliti sepanjang […]
1.24 juta hektar tanah NCR berjaya disukat sejak 2010
KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak berjaya menyukat kira-kira 1.24 juta hektar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sejak 2010 hingga Oktober lalu, sekali gus memperlihatkan usaha berterusan dalam mengiktiraf dan melindungi hak pemilikan tanah masyarakat Bumiputera. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, hampir satu juta hektar daripada keluasan itu telah diwartakan menerusi inisiatif […]
6,000 unit kediaman lonjakan pembangunan Batu Kawa
KUCHING: Pembangunan kira-kira 6,000 unit kediaman serta kemasukan pelaburan swasta mencerminkan peningkatan aktiviti ekonomi dan pertumbuhan kawasan Batu Kawa yang memerlukan kemudahan perhubungan lebih baik. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, perkembangan itu turut disokong kehadiran institusi pendidikan seperti Sekolah Antarabangsa St […]
Abang Johari beri bayangan calon, tunggu hari penamaan calon
KUCHING: Premier Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan beberapa penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkemungkinan dikekalkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum DUN Sarawak Ke-13. Bagaimanapun, beliau menegaskan perkara itu belum secara rasmi kerana keputusan pemilihan calon hanya akan dimuktamadkan menjelang hari […]
Rangkaian jalan raya, jambatan buka peluang ekonomi baharu Sarawak
KUCHING: Pembangunan rangkaian jalan raya dan jambatan di Sarawak bukan sekadar meningkatkan kemudahan perhubungan, malah membuka peluang ekonomi baharu menerusi pertumbuhan sektor pelancongan, perdagangan dan aktiviti perniagaan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan infrastruktur berkenaan merupakan sebahagian daripada perancangan jangka panjang untuk menjadikan Sarawak sebuah wilayah ekonomi berpendapatan tinggi […]
Permohonan Persatuan Cina, tunggu mandat baharu – Abang Johari
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg belum dapat memberi sebarang keputusan terhadap beberapa permohonan Persekutuan Persatuan Cina Sarawak. Menurutnya, antara permohonan persatuan itu berkaitan urusan tanah, dasar imigresen bagi ekspatriat serta prosedur pengambilan pekerja asing. Beliau berkata, perkara tersebut dibangkitkan Presiden persekutuan berkenaan, Dato Sri Richard Wee. Namun, tegasnya, sebarang […]
