SAMARAHAN: Seramai 25 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak menerima watikah pelantikan sebagai UiTM Global Ambassador (UGLAM), di sini, hari ini.
Menurut kenyataan UiTM Cawangan Sarawak pelajar cemerlang terbabit dari 10 gugusan akademik di cawangan universiti itu dan terpilih menyertai program duta muda itu selepas melalui prosedur pemilihan ketat dan sistematik.
UGLAM Cawangan Sarawak yang ditubuhkan tahun ini bertujuan menggalakkan penglibatan pelajar UiTM Cawangan Sarawak dalam aktiviti silang budaya selain membina jaringan antarabangsa.
Penubuhanya juga untuk meningkatkan visibiliti global UiTM Cawangan Sarawak yang akan menyumbang kepada reputasi dan meletakkan cawangan itu di persada antarabangsa.
