20 penerima terima pampasan tanah skim padi Tanjung Purun fasa satu

LUNDU: Cek pampasan tanah skim penanaman padi di Tanjung Purun fasa satu membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.7 juta disampaikan kepada 20 penerima hari ini.

Penyerahan cek yang melibatkan sebanyak 30 lot tanah itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu , Azizul Annuar Pehin Sri Adenan di Pejabat Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu di sini.

Beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjadikan impian itu kenyataan terutama Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS).

Sementara itu, Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Kuching, Awang Nazri Awang Sap berkata seterusnya akan ada fasa dua dan ketiga bagi penyampaian cek itu.

Menurutnya, ini kerana kawasan di Tanjung Purun seluas 187 hektar telah disalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk dijadikan sebagai pengeluar beras di Sarawak.

Hadir sama , Pegawai Daerah Lundu Tuan Haji Awang Yusup Awang Mostapha . Puan Diana Pellipus , Pegawai Pertanian M-Ficord, Pemanca Jumahdi Sabian dan Penghulu Jamer Katai .