SEBUYAU: Golongan wanita Kampung Tungkah Lubok Manta, Sebangan menyertai program aktiviti wanita merangkumi demonstrasi masakan dan perkongsian mengenai bantuan Kerajaan Sarawak.
Program di Dewan Kampung Tungkah Lubok Manta itu memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran masakan yang berpotensi dijadikan sumber pendapatan.
Demonstrasi aiskrim sosej antaranya memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah penyediaan hidangan kreatif, mudah dan berpotensi dijadikan idea keusahawanan kecil-kecilan.
Demonstrasi tersebut disampaikan Sharifah Uteh Tku Da.
Sementara itu, Bendahari Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.27 Sebuyau, Noorazua Julaihi mewakili Ketua Pergerakan Wanita Sebuyau menghadiri program berkenaan.
Program berkenaan memberi pengetahuan mengenai peluang yang tersedia untuk masyarakat tempatan.
“Perkongsian bantuan Kerajaan Sarawak dan pembangunan semasa memberi maklumat mengenai kemudahan serta inisiatif yang boleh dimanfaatkan masyarakat, khususnya golongan wanita dan keluarga,” kata Noorazua.
Turut hadir Ketua Kaum Kampung Tungkah Lubok Manta, Grendey Baie, Timbalan Ketua Wanita Cawangan PBB N.27 Sebuyau, Minda Nata, ahli jawatankuasa serta peserta.
