Ahli MDL baharu bantu cemerlangkan Lundu

LUNDU: Ahli-ahli Majlis Daerah Lundu (MDL) yang baharu disaran memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, kejayaan MDL merangkul Anugerah Emas Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) 2025 Kategori Pihak Berkuasa Tempatan sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2025 membuktikan Lundu juga boleh maju seiring bandar yang lain.

“Pengiktirafan ini membuktikan komitment MDL dalam memberikan perkhidmatan terbaik serta tadbir urus yang cekap kepada masyarakat,” katanya pada majlis angkat sumpah Pengerusi MDL baharu, Zulkarnain Ismail di sini.

Majlis tersebut berlangsung di Mini Auditorium Tanjong Datu, Majlis Daerah Lundu.

Auditorium berharga RM750,000 itu dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bermula 25 November 2024 dan siap pada 25 November 2025.

Azizul turut mengucapkan penghargaan kepada ​Mantan Pengerusi MDL, Awang Yusup Awang Mostapha walaupun berkhidmat dalam tempoh yang singkat, beliau membawa banyak pembaharuan dan impak positif kepada landskap pentadbiran daerah.

Tambahnya, ​pembangunan infrastruktur berterusan kini sedang pesat membangun dengan beberapa projek ikonik yang bakal mengubah wajah Daerah Lundu iaitu ​projek Tebingan Sungai Lundu dan Tebingan Sungai Sematan yang dijangka menjadi daya tarikan pelancongan serta pemangkin ekonomi penduduk.

​ Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup dan Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Norashikin Brahim