Bazar Ramadan Semarak tampil imej baharu

KUCHING: Pada Ramadan tahun ini, Bazar Ramadan Semarak di Jalan Pinang Jawa tampil dengan imej baharu apabila penjaja yang berniaga di tapak tersebut menggunakan tapak ruang niaga kekal (KIOSK HIJAU).

Berbanding sebelum ini, peniaga berniaga di bawah kanopi besar.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, tapak niaga kekal hasil inisiatif Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) digunakan penjaja di tepi jalan sepanjang jalan Pinang Jawa sebelum ini.

Pada tahun ini, seramai 40 penjaja terdiri daripada 30 penjaja Semarak Kiosk Hijau dan 10 penjaja Pusat Penjaja Semarak menggunakan kanopi kecil.

Ini sekali gus menyemarakkan pilihan juadah kepada pengunjung.

Hadir sama Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Hilmy Othman.