Pertimbang lantik wakil PAVB dalam Majlis Konsultatif BDA

BINTULU: Persatuan Anaq Va’ie Bintulu (PAVB) mencadangkan pelantikan wakil mereka dalam Majlis Konsultatif Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Presiden PAVB, Pandi Suhaili berkata pihaknya berharap agar BDA dapat mempertimbangkan cadangan terbabit.

“Pelantikan wakil PAVB dalam Majlis Konsultatif BDA supaya suara komuniti Va’ie dapat diambil kira dalam perancangan pembangunan setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Makan Malam Apresiasi PAVB, di sini, malam kelmarin.

Selain itu, Pandi Suhaili berkata pihaknya juga mencadangkan kampung-kampung yang majoriti penuturnya menggunakan bahasa Va’ie diwartakan sebagai Kampung Warisan Va’ie bagi memastikan bahasa dan identiti komuniti itu terus dipelihara.

“PAVB juga memohon agar satu tapak Jualan Ramadan diadakan pada tahun 2027 bagi memberi peluang kepada ahli dan komuniti setempat menjana pendapatan,”tambahnya.