KUCHING: Sarawak menjangka menerima penyertaan lebih 700 belia dari 11 negara ASEAN pada Rainforest Youth Summit (RAYS) 2026 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Jun 2026.
RAYS sehubungan itu turut menampilkan 17 penceramah dari Sarawak, Semenanjung Malaysia dan seluruh dunia termasuk wakil dari Panama, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kenya dan negara lain yang bakal menyumbang kepada program yang holistik dan komprehensif.
Memasuki edisi ketiga penganjuran, RAYS
dibiayai dan disokong Kerajaan Negeri Sarawak dan turut mendapat sokongan ASEAN, Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) dan UN Tourism.
Majlis Pelancaran Rainforest Youth Summit (RAYS) 2026 disempurnakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Borneo Cultures Museum di Kuching petang tadi.
Hadir sama, Timbalan Menteri Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Belia dan Sukan, Datuk Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Usahawan) Datuk Dr Ripin Lamat, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Setiausaha Tetap MySed Dzulkornain Masron.
Turut hadir Pengerusi Saraaak Tourism Board (STB) Datuk Dennis Ngau dan Ketua Pegawai Eksekutif STB Dr. Sharzede Datu Salleh Askor.
