LUNDU: Seramai 220 pelajar sekolah dan penduduk menyertai Program Cinta Amal Cahaya di Surau Darul Makmur, Kampung Pandan, di sini, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N3 Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menyempurnakan penangguhan program selama dua hari anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL).
Manakala, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup mewakili Pengerusi LAKIL, Datuk Amar Jamilah Anu menyampaikan duit raya kepada pelajar.
Program bermula dengan 50 murid sekolah rendah menyertai modul khas bagi menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan menghayati keberkatan Ramadan dikuti majlis berbuka puasa bersama kira-kira 150 penduduk kampung, semalam.
Seterusnya bengkel penulisan lagu bermesej positif disertai 20 pelajar sekolah menengah yang dikendalikan artis terkenal, Amer Munawer Yusoff (Ruffedge) bersama rombongannya hari ini.
