KUCHING: Inisiatif SABERKAS Cawangan Samariang
menganjurkan program berteraskan kebajikan dan kesukarelawanan memberi manfaat kepada masyarakat wajar dicontohi badan bukan kerajaan lain.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri–Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, Program Cahaya Prihatin SABERKAS Samariang 2026 antara inisiatif badan itu untuk menyumbang kepada masyarakat.
“Melalui program ini, kita membawa anak-anak untuk membeli pakaian dan keperluan lain sebagai persiapan menyambut Aidilfitri. Setiap peserta menerima RM150 bagi membolehkan mereka membeli barangan,” katanya ketika ditemui media pada program berkenaan di sini, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang itu menambah, seramai 50 berusia antara 13 hingga 18 tahun membeli-belah bersama komuniti sebagai usaha SABERKAS memperkukuh hubungan dengan masyarakat.
