Masjid, Surau N3 Tanjong Datu terima sumbangan sempena Ramadan

LUNDU: Masjid dan Surau di N3 Tanjong Datu akan menerima peruntukan keseluruhannya sebanyak RM43,500 bagi mengimarahkan sambutan Ramadan tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, peruntukan terbabit sebanyak RM1,000 diagih kepada 16 masjid dan sebanyak RM500 kepada 25 surau.

Manakala sekebihnya tambah sebanyak RM15,000 dari sumbangan peribadi beliau yang akan diagihkan kemudian.

“Program ini telah dianjurkan oleh keluarga saya sejak 2017 dan program ini diteruskan setiap tahun,”katanya di majlis penyerahan peruntukan itu di Masjid Pehin Sri Haji Adenan, di sini, hari ini.

Di samping itu, Azizul turut menyumbang sebanyak 70 batang pokok mangga dan pokok rambutan kepada semua yang hadir di majlis terbabit.