Pakar diperlukan lindungi data

KUCHING: Sarawak masih memerlukan lebih ramai tenaga pakar dalam melindungi data dan menggalakkan rakyat supaya bijak menggunakan teknologi terutama kecerdasan buatan (AI).

Premier Sarawak, Datuk Patnggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, data yang perlu dilindungi ialah berkaitan dengan jagaan kesihatan dan kegiatan jenayah.

Apabila Sarawak mula melancarkan ekonomi digital, ramai rakyat tidak memahami kepentingnya tetapi sekarang mulai berubah, katanya pada majlis penutupan Persidangan Kejuruteraan Antarabangsa UNIMAS (EnCon) 2026 di sini.

Pada majlis penutupan itu, Premier Sarawak fokus kepada tajuk ‘Data Privacy, Digital Trust: Protecting data, Building Trust’ dan memacu agenda pembangunan Sarawak.

Menurut beliau, apabila negeri ini mempunyai ramai bakat dalam bidang teknologi terutama AI, mereka boleh mendidik rakyat supaya bijak menggunakan teknologi dalam membantu membangunkan negeri ini.

Banyak bidang di dunia, semua akan menggunakan teknologi untuk membangun pada masa hadapan, justeru rakyat Sarawak hendaklah dididik mulai dari sekarang supaya lebih memahami dan bijak menggunakan teknologi, katanya.

Pada majlis itu, beliau turut menyaksikan majlis pertukaran dokumen Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Movenet Malaysia Sdn Bhd dengan SAINS, Purple Door Sdn Bhd. dengan I-CATS University College dan Taylor University dan Sijil Berkolaborasi Purple Door Sdn Bhd dengan SDEC Berhad, Abbort Sdn Bhd dan First Experts Sdn Bhd.