MUKAH: Mangsa kebakaran rumah di Kampung Tingkas Sebakong, di sini menerima sumbangan daripada Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib.
Sumbangan dalam bentuk sejumlah wang tunai, beberapa keperluan asas dan makanan yang berjumlah RM10,000 disampaikan wakilnya, Almalhakim Norshidi kepada Sance Nikole Mat.
Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah sehubungan itu berharap ahli keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini.
Beliau turut berharap agar sumbangan itu dapat meringankan beban.
Beliau menggesa pihak lain tampil menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada keluarga terbabit.
Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Mukah, Pledzman Ahip, ADO Pejabat Daerah Mukah, Nolin Gendang, Ketua Kaum Kampung Sitieng Mukah, Rasidah Ven.