BRUNEI: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Majlis Kunjungan Mengadap Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Sri Begawan di sini, hari ini.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi diiringi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud dan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi.
