Inisiatif Kerajaan Sarawak dikongsi bersama rombongan Pahang

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) menerima kunjungan hormat rombongan dari Pahang di OSEIC Matang, di sini, hari ini.

Mereka terdiri daripada rombongan Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Dato’ Sabariah Saidan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Adullah berharap kunjungan hormat terbabit membolehkan mereka saling mengenali antara satu sama lain.

“Perkongsian ini akan memberi manfaat kepada kemajuan dan pembangunan di negeri masing-masing,” katanya.

Antara dikongsikan beliau ialah mengenai insentif Kerajaan Sarawak melalui kementerian itu iaitu Bantuan Ibu Bersalin, Kumpulan Wang Wakaf Sarawak (EFS), Geran Tahunan Khas (GTK), Subsidi Yuran Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Insentif lain ialah Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang, Bantuan Perubatan, Pemerkasaan Keluarga Berpendapatan Rendah (LIFE), Dokumen Sementara Individu Tanpa Kewarganegaraan di Sarawak (DSITK), Kad Emas Kenyalang (KGC),Bantuan Ihsan Kematian (BIK), Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB), OSEIC Sarawak,Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC), Tempat Transit Gelandangan dan Pusat Pembangunan dan Intervensi Komuniti (CDIC).