Dua rumah panjang Roban akan dapat bekalan elektrik 24 jam

ROBAN: Kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik 24 jam untuk Rumah Terence Sumping Plunga Atas dan Rumah Amban Sungai Antu di sini akan dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, ia dilaksanakan melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

“Bagi Rumah Terence Sumping sepanjang 20 pintu ini, mereka akan mendapat bekalan elektrik selama 24 jam setelah kesemua kerja-kerja pendawaian dan pemasangan meter oleh Sarawak Energy Saratok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diwakili Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi mengadakan perjumpaan bersama penduduk Rumah Terence Sumping Cedric Kadak Plunga Atas, di sini.

Mohamad Duri berkata, bagi Rumah Amban Sungai Antu pula, hanya menunggu kerja-kerja pemasangan tiga fasa ‘service line’ kerana pendawaian utama dan pendawaian dalaman sudah siap dilaksanakan.