Program Jelajah Ramadan Masjid baharu Kampung Jerijeh

TANJUNG MANIS: Program Jelajah Ramadan Dewan Undangan Negeri (DUN) 41 Kuala Rajang hari kedua diadakan di Kampung Jerijeh, di sini, malam tadi.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh kemudian penduduk berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib, Isya dan solat Terawih.

“Pada hari kedua program Jelajah Ramadan saya menikmati suasana masjid baharu, Masjid Al-Haj Jerijeh, di Kampung Jerijeh,” katanya.

Len berkata, sejumlah RM4,000 sumbangan LAKIKR, manakala RM2,000 dari Pusat Khidmat N41 Kuala Rajang disalurkan kepada masjid terbabit bagi aktiviti Ramadan ini.

“Program Jelajah Ramadan ini turut diserikan dengan sumbangan lduit raya kepada seramai 201 penerima termasuk warga emas, OKU, ibu tunggal, asnaf dan anak yatim,” tambahnya.

Sehubungan itu , beliau berharap program selama seminggu bermula semalam itu akan menyemarakkan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam bulan mulia ini.